JUST A SIMPLE STORIES

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

TIN TIN MILO !

KORANG ! OKE TAK ?

Thursday, November 3, 2011

Tiga belas Soalan Dari Amierul Hamelee =)

Assalamualaikum W.B.T 

ke hadapan sahabatku AMIERUL yang terrrrrrrindu , terrjauuuuh disana dan antara sahabat terrrrbaik bro !!!....

Sesungguhnya warkah yang berlagu pilu ini untuk kau Yol . amek haa gedabak tiga belas kau bagi aku soklan wehh.  kang aku bagi dua kali ganda jenuh lak kau nak jawab kaan. kaaan? hehe. stop it. okay straight to the point my dear friend.

Baru baru ini aku telah diTag oleh AMIERUL yang merupakan bekas rakan sekelas di Highschool Segamat merangkap antara rakan yang terbaik . Wahai Yol,bukan niatku takmau membalas soalan kau tapi aku terkial kial nak jawab soalan dari kau...bukan bukan bukan. bukan aku malas ,TAK bukan aku tak ikhlas .TAK TAK TAK . cuma terlalu panjang yang aku nak taip dan huraikan sampai kau senirik tak terbaca nanti <---Ayat Sedapkan Hati =)

Berikut adalah soalan yang telah dihadiahkan sepenuh hati ke hati dari Amierul kepada  SEBELAS orang yang terpilih dan diantaranya (aku) <---- piirahhh siket mu nak bajet apehal. HOHOHO

.....................................................................................


LETS ANSWER IT BEBEH !! chalo .


1 -Korang, bagi korang aku ni macamana..?? Sejak korang kenal aku.. Setiap jawapan mestilah disertakan dengan satu kutukan..


 sebab kau suruh letak kutukan aku bagi kutukan dulu lah, ampun pak, ampun pak ! aku janji aku enggak kutuk kau lagi lepasni pak . adoii ! kena kick dengan kucing lak. LOL ..okay , ONCE UPON A TIME......
aku ingat aku sorang je kuat gabra bila ade any exam, presentation ke.. sebab aku akan menggigil tak tentu pasal. Rupanya kau same je. HAHAHA ! aku ingat lagi mase tu ade ape eh, ala tak ingat lak pasal ape yang penting dalam kelas tu bila cikgu tanya kau something , mende yang aku tengok tangan kau. MENGGIGIL beb ! hhaha.. rase nak gelak guling guling tengok sebab musabab aku pon same macam kau . NGEK. tapi aku rasa skrg kau dah kembali chill kan, almaklum , umur mematangkan pemikiran kita semua . yeahhhh !

tapi kau terbaik aa wehh, kau pelajar cemerlang . semua suka kawan dengan kau. asal subject Math , orang pandang kau dengan Siti, asal subject AddMath , orang pandang kau dengan Siti, asal subject Account, orang pandang kau dengan Siti <--- apesal asek dengan Siti je, macam ade jodoh pulak. eh eh tak tak gurau je.. hee macam kau tak biase je aku gurau-gurau ..>.< eh sambung lagi , asal subject BI orang pandang kau dengan Syakirah. Bukan sahaja dengan kepandaian kau, tapi dengan semangat setia kawan , kejujuran dan telus dalam perhubungan persahabatan,  keikhlasan kau berkawan selalu terpamer bersinar sinar umpama iklan Sabun Basuh Pinggan yang Dato' Chef Wan lap pinggan dengan sabun tu kan, kan bersinar-sinar tu. hoho~ Dan sekarang aku tak faham kenapa ayat aku begitu skema menaip sekarang. #sangat berpuitis . ='/

i'm so proud and  love to be your friend.



2 -Blog aku ni dari 11 bintang, korang bagi berapa..??


Mengikut hasil undian aku sendiri selama 48jam menilik ape ada diblog kau aku bagi 10setengah boleh. Blog kau memang selalu lawa , kreatif, menarik tertarik Blog kau memang Da bomb !!!! opocot ikan terpelanting <---sound effect  !(ignore it!)


3 -Ok, URL blog aku korang memang ingat atau korang save..?? Kalau save dalam senarai blog korang save tub log aku nombor berapa..??


aku memang ingat URL kau sebab pakai nama kau kaan? kaan. senang diingat ^_- . aku tak tawu save tub log jadah tu. aku maen ingat senirik. kahkahkah


4 -Sayang Ibu dengan Ayah korang..??


wajiblah sayang mereka . i will do anything for them .  Life without love is nothing coz family is everything. Anak yang soleh dan solehah akan sentiasa berdoa untuk ibu dan ayah mereka. Siapa yang mencorakkan kita? Ibu Ayah . Siapa yang selalu bagi nasihat supaya jadik anak yang berguna? Ibu Ayah. Siapa yang bagi beli mainan Tora Tora? Ibu Ayah. appreciate them. love them. Sayangi mereka sepenuh hati sebagaimana mereka sayangi kita sejak lahir lagi


5 -Aku ni teruk ke tidak..?? Ikhlas..


Truly YES ! kau sangat TERUK. faham tak? T. E. R. U. K. teruk sebab kau tak bagitau masakan nenek kau begitu sedap sekali wooo ! sampai sekarang aku takleh lupa nasi goreng buatan nenek kau. Termimpi-mimpi ! (monolog dalaman) .No wonder lah shahrul selalu lepak makan-makan kat rumah kau. hee Perangai kau tak teruk pon. kau insan yang boleh dibuat sahabat dunia dan akhirat, insyaAllah . Ikhlas dari hati turun ke jiwa. eh ade ke?


6 -Korang jawab soalan ni ikhlas ke tidak..??


weh ikhlas weh. Aku kalau kau bagi 100 soalan pon aku jawab tapi tak seDetails ni lah. Bagi jawab cukup-cukup makan. Alaaa jawab macam soalan final exam sem 1 hari tu. Kasik shortform je.wuahahaha.


7 -Apa yang aku dah taip dekat blog ni dan korang baca, korang rasa best x..??


Overall okay lah. kadang-kadang terlalu panjang ibarat buku cerita . Kalau orang yang tak sabar terutamanya aku lah kan, aku baca point penting je. Kalau ada sebut name aku dalam blog tu barulah aku mensegarkan mata dengan sepenuh harapan, segenggam semangat, sekepal penumbuk (apakah?). Orang taip malam-malam buta memang jadik macam ni, melalut tak henti. hohoho~


8 -Korang singgah blog aku hehari ke atau jejarang..??


semenjak dah jadi student ni kan, aku jarang-jarang tengok blog. kesibukan sebagai student hanya mampu bukak FACEBOOK mahupun DRBOOK sahaja. haha !!  Blogwalking pon jarang apetah lagi update blog. Lainlah kat rumah, wifi 24jam terbukak, line lajuuuuuuuuuuuu .update blog pon senang hati. tapi ditempat belajarku apakan daya, kata je kelajuan broadband Batman pon semput-semput nak kejar ,rupa-rupanya siput vavi pon dapat kejar kelajuan broadbnd aku. Jadinye aku tertanya-tanya, mana janji manismu broadband MAXIS???


9 -Korang minat Stacy..??


cuba ingat siapa selalu cakap "Kau dah dengar lagu baru Stacy?"

atau


"Bestlah konsert Stacy malam tadi" 

atau paling kurang yang letak gambar Stacy atas meja sekolah taktaulah as Rolemodel dan etc atau

mungkin


"Intan , aku tambah lagu Stacy dalam video kelas yang kita buat tu "

. Jawapannya
.
.
.
.
.
.
.
AMIERUL

yes kau ! Aku minat Stacy sejak kau perkenalkan aku dengan kisah-kisah dia semasa kita masih disekolah dan akhirnya  lagu KISAH DONGENG tuu. sejak tu aku mula terigau-igau kan lagu tu.. LOL


10 -Budak kelas korang yang masih sama dari form 1 sampai form 5, siapa..??

the same student goes to 


SITI KHADIJAH

NUR FATIN

AIDA RASYIDAH

FARAHIZZA

SYAFIQ


11 -Penat menaip jawapan untuk soalan ni ke x..??

woi gila kau kata tak penat. Sikit jela tapi seronok sebab dapat ingat kisah-kisah lampau zaman kuku besi dulu. Terbaik dari ladang !!


12 -Nombor yang korang suka..?? Kenapa ek..??


nombor 3. sebab musabab nombor 3 adalah nombor ganjil. dan 3 jugak adelah haribulan untuk hari tumbesaran aku. ngek ngok. 3 jugak adelah rancangan yang aku suka tengok. alaa TV3 .<---sambil buat suara koir soprano level 5.. porrah lu minah !


13 -B’day korang bila..??

and last but not least TigaharibulanFebruariSatuSembilanSembilanTiga   . Sebab kau dah tanya wajib kau bagi aku hadiah. wahahahaha. aku nak ferrari <--demand 3saat. LOL



...........................................................

alhamdulillah aku dah jawab soalan kau Yol. Ape? tak menepati soalan yang kau bagi? NO NO NO ! itu kata kau. Kata aku , aku dah beres kan semua tu. Sekarang giliran kau jawab soalan aku. Aku tak bagi banyak , 20 soalan je. Kahkahkah ! for all silent readers, kau orang boleh terjah blog Amierul ni haa kat link ni
.



Baik, aku tak sekejam tu. Aku bagi Tiga soalan saja :

1 - what do you think about me? am i a good friend for you? if No just say it. explain it.if Yes, alhamdulillah and explain it too. The essay must be written in 120 words only.. wowowowow~

2 -what's your favourite picture in school/college. Show me two picture and describep it why you love those picture.

3 -what's your favourite colour and why you like it? what if orang yang anda sayangi memberi barang yang bukan warna kegemaran anda , apa reaksi anda. explain it.


okay konfemm soalan SPM pun tak mintak seDetails ini. but this i really want to know from all of u.

yee lovelies, come and see who's the lucky person that was tagged by me ..ngeee~
.
.
.
.




kepada sesiapa yang mengenali aku dan mahu menjawab soalan yang diberikan, leave your link here . (tak kire di chatbox atau comment ) . maaf sebab aku tak berapa nak ingat link-link korang. almaklum, kotak ingatan aku semakin dimamah usia.. hohohoho~ i'll appreciate .


Lots of love ,

Cyra .


2 comments:

  1. Best-best..
    Ni ambik aku dah jawap..

    http://muhammadamierrul.blogspot.com/2011/11/jawapan-intan-nur-syahirah-ins-terbaik.html

    ReplyDelete