JUST A SIMPLE STORIES

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

TIN TIN MILO !

KORANG ! OKE TAK ?

Thursday, May 19, 2011

KEK OREO KUKUS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



ke hadapan ibunda yang dicintai , ari ni dah bape kali ibu letak tangan kat dahi akak .."ibu , akak tak demam lerr " <-----(SAMBIL BERMONOLOG DALAMAN) ... taktau la ibu terkejut pasal ape , terkejut tengok kemas rumah ? tak perlu terkejut kot sebab aq memang pakar pon kemas rumah ..ehceceh ..hak3 ..terkejut cabut rumput kat luar2 rumah ? hee yup may be sbb aq tak pernah sapu sampah + cabut rumput kat luar rumah ..tp tu takde lah terkejut sangat ..err err err ..emmm terkejut aq cakap nk belajar masak kot? yo yo oo je kan ..haha .. setakat ayam masak kicap boleh laa aq masak ..yang lain hampeh ..tapi hampeh TAK bermaksud gagal .. at least aq masih nak belajar masak okea ..wuahahahaha (sambil buat muka bangga )

..hari ni aq blogwalking kat BLOG nieh ..ya Allah punye lah excited aq nak wat .. entah jadik ke tak taktau la yang penting CUBA , paham ? ni resepi nyeer ...bagi yang EXPERT , saya budak baru belajar   -.-'


KEK OREO KUKUS







Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
  • 125 ml susu dipanaskan sebentar ( boleh gunakan susu kotak ataupun bancuhan susu tepung)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan minyak masak

Cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo kisar dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikt sambil dikaup balikkan. (tak perlu pukul)
  3. Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas. Kukus selama 45 minit.
Bahan toping:
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 60 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar air masak
Cara:
  1. Campur semua bahan didalam mangkuk yang sesuai dan masak secara double boiler.
  2. Setelah kek sejuk, bolehlah curahkan toping dan hias mengikut suka.



okea aq nak pegi beli bahan bahan nye dulu lepastu TRY lerr ..hee ..doakan aq supaya kek ni jadi kek tau ! jgn jadik mnde lain .. wahahahahaha

4 comments: